serendipity (sêrèn-dîp'-tê) n ser.en.dip.i.ty

1. The faculty of making fortunate discoveries by accident.

2. The fact or occurance of such discoveries.

3. An instance of making such discovery.



serendipity = the fortunate accident?

  • interests: travelling, music (esp. live bands), sports, photography

  • confused lot!

  • fortunate, lucky enough yet so thankful

  • hope to remain unknown in real world






  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Wednesday, June 15, 2005
    Maafkan aku

    Maafkan aku..

    Lebih kurang 365 hari yang lalu, aku dah buat keputusan untuk open up blog ni, tanpa memikirkan implikasi, impak, bahana, dan akibat yang akan aku tanggung atas keputusan ni.

    Memang fikiran aku kusut masa tu atas sebab peribadi. Dan aku tak tau nak luahkan, kongsikan mende ni ngan sesapa. Jadi jalan senangnya -- aku blog.

    Masa tu fikiran cetek aku tak tahu menahu akan kecanggihan teknologi alam siber yang memungkinkan segala kemungkinan. Tetap dengan fikiran naif dan blur itu, aku blog.

    Aku hanya perlu ruang untuk lari dari dunia realiti. Aku harap blog ni dapat berikan aku alam fantasi yang indah agar aku dapat escape dari masalah itu sementara aku cari penyelesaiannya. Jadi aku tuliskan pada blog aku yang aku ingin jadi seorang yang virtual, tanpanama, anonymous.

    Aku appreciate sesangat apabila hak yang aku pinta itu dihormati. Aku respek sesangat pada setiap seseorang yang sudi, ingin, mahu bersahabat dengan aku secara unconditional -- tak kira siapa aku, macamana rupa aku, bagaimana history lampau aku, dan apa ideologi pemikiran aku.

    Kita kongsi rasa, pendapat, ketawa, hiba, seronok, pengalaman. Segala-galanya, suka mahupun duka.

    Ruang yang awalnya aku lihat sangat sempit ini kelamaan menjadi luas. Aku punya tambahan kawan. Yang kerap menjengah, yang terkadang, semua ku hargai. Asalkan sudi berkawan.

    Dalam aku berkelana di arena blog ni, aku akui tak semua yang tertulis itu benar. Ada kalanya aku tipu, hanya demi melindungi privacyku. Maafkan aku.

    Menjelang 3-4 bulan selepas blog ni tercipta, permasalahan aku yang asal (yang drive aku utk bukak blog ni) dah pun selesai. Peliknya, aku terus memblog. Aku rasa kuasa luarbiasa dan bonding persahabatan yang unik sangat dengan para pengunjung.

    Tanpa rasa segan silu aku ceritakan pengalaman yang kengkadang aku tak pernah kongsi dengan ahli keluarga yang rapat denganku di blog ni. Aku heran sebab aku treat kengkawan semua macamlah kita dah kenal lama, padahal aku mahu karekterku virtual!

    Lewat kebelakangan ni, aku dah semakin merapu dalam penulisan. Secara positifnya aku lihat aku cuba kembangkan kreativiti. Aku nak hilangkan kesedihan pembaca. Aku nak ngkorang happy. Tapi aku lupa, mungkin ada yang tak suka, mungkin ada yang terluka, terguris hati, tercalar perasaan. Untuk itu, maafkan aku sekali lagi.

    Dengan beban kerja dan juga contribution aku di arena blog yang tak seberapa ni, aku tak rasa aku dapat beri added value pada pengunjung blog dan kengkawan semua. Aku taknak terus-terusan menipu, walaupun sikit-sikit. Siakap senohong gelama ikan duri.

    Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati yang amat, aku nak umumkan yang blog ni akan ditutup. Dengan kata yang lebih mudah, aku akan delete blog ni. This is the last entry.

    Aku mintak maaf lagi sekali sekiranya ada pengucapan aku di blog ni yang tidak seharusnya. Aku mintak maaf sekiranya ada janji tak ditepati, aku mintak maaf atas segalanya.

    Life is about change, and I am ready for it.

    Kepada kengkawan yang sama blogging dari zaman ais dulu (Kobisz, Archiq, Zaid, Ieza, Ezurin, Pwettybaby) -- aku rasa kita ni macam adik beradik. Percayalah ngkorang tau banyak pasal aku dari orang lain yang rapat ngan aku.

    Kepada kengkawan yang aku kenali dari blog ni (Penghulu, Kadok, Cekya, KT, Mus, Usin, BWB, etc) -- timakasih sebab ngkorang add colors to my life. Banyak yang aku belajar dari ngkorang.


    Insya Allah aku akan singgah blog ngkorang once in a while (ataupun hari-hari) bila aku rasa rindu nak baca coretan ngkorang.

    Harapnya 'serendipity' ini jadi hakikat satu 'fortunate accident'. Nice knowing all of you!

    Maafkan aku.

    Semoga ngkorang semua dapat maafkan aku, semoga ngkorang dirahmati Tuhan.

    Selamat tinggal.

    Posted at 03:49 pm by masterpiece
    Comments (13)